Monday, May 22, 2017

Macam Mana Boleh Untung Dari Saham Unit Amanah?

Pasti persoalan ini sering bermain diminda anda bagi yang masih newbie dalam bidang perlaburan unit amanah ini? Konsepnya sebenarnya sama sahaja dengan perlaburan-perlaburan lain seperti perlaburan saham, emas, hartanah, dan seumpamanya. Setiap perlaburan ada risikonya. lagi tinggi risiko sesebuah perlaburan, maka lagi tinggilah pulangan perlaburannya.

Perkongsian pada kali ini saya akan menerangkan bagaimana perlaburan unit amanah ini boleh menjana keuntungan atau kita boleh katakan sebagai pendapatan pasif bagi seseorang pelabur yang berkerjaya.

Ini antara persoalan yang biasa dilazimi oleh seorang bakal pelabur; "Tuan, berape keuntungan yang boleh saya dapat hasil dari pelaburan ni?", "Tuan, bile boleh saya dapat untung dari pelaburan saya?", "Bagaimana pelaburan unit amanah saya ini akan menjana keuntungan?". Haaa...kalau ditanya mana-mana perunding  unit amanah yang paling top pun sememangnya tiada jawapan yang tepat yang boleh mereka beri bagi persoalan yang pertama dan kedua, kalau dia dapat jawap pun sememangnya jawapan tersebut adalah anggaran yang terbaik atau purata pulangan sahaja dari prestasi yang lepas bagi dana pelaburan tersebut kerana jawapan bagi persoalan pertama dan kedua tersebut hanyalah bergantung kepada prestasi dana, keadaan ekonomi semasa, dan pasaran semasa. Kami hanya boleh menasihati dan memberi khidmat rundingan kepada anda bagaimana pelaburan unit amanah ini boleh menjana keuntungan pasif bagi simpanan kewangan anda pada masa hadapan dalam jangka masa panjang.

Bagi menjawab persoalan ketiga tadi, ada tiga (3) cara bagi menjana keuntungan melalui pelaburan unit amanah ini. Antara cara tersebut adalah seperti berikut :


1) Agihan Pendapatan (Income Distribution / Dividen)

Agihan pendapatan ni adalah seperti dividen yang diumumkan seperti ASB, akan tetapi, Unit Amanah ini lebih sesuai dipanggil Income Distribution atau Agihan Pendapatan. Bagi sesetengah dana pelaburan unit amanah ini, ada Agihan Pendapatan yang ditetapkan 2 kali setahun, ada 1 kali setahun, dan ada juga dana pelaburan yang tidak ditetapkan Agihan Pendapatan tetapi dana pelaburan tersebut lebih memfokuskan kepada pulangan pelaburan dalam jangka masa panjang iaitu antara tiga tahun keatas. Kalau ada perunding unit amanah cakap confirm setiap tahun boleh dapat Agihan Pendapatan bagi dana tersebut, minta dia tunjukkan kenyataan yang telah dimaklumkan didalam prospektus pelaburan yang menyatakana dana tersebut ada memberi Agihan Pendapatan seperti yang dimaklumkannya. Oleh itu, pelabur akan memperolehi keuntungan melalui Agihan Pendapatan yang diberikan dan ianya bergantung kepada sesuatu dana pelaburan tersebut. Anda juga perlu tahu bahawa, Agihan Pendapatan ini dipengaruhi oleh market performance,

Contoh Cara Pengiraan :

Andaikan Ali membuat pelaburan sebanyak RM100,000 di dalam fund XXX pada 1 Januari 2017. Harga seunit dana masa tu pula RM0.35/unit.

Service charge = RM5.5% x RM100,000 = RM550
Total investment = RM100,000 – RM5,500 = RM94,500
Jadi total unit anda = RM94,500 / RM0.35 seunit = 270,000 unit

Katakanlah Dana Pelaburan XXX mengumumkan Agihan Pendapatan pada 1 Januari 2018 pada harga 5 sen seunit. Oleh itu keuntungan diperolehi:

After net distribution = RM0.05 seunit x 270,000 unit = RM13,500

Maka anda telah memperolehi keuntungan sebanyak RM13,500 dalam masa 1 tahun. Sekiranya RM13,500 ini tidak tebus atau dikeluarkan, secara automatiknya ia akan dilaburkan semula dalam bentuk unit mengikut harga pasaran semasa bagi satu unit dana tersebut. Contohnya harga bagi satu unit dana tersebut pada 1 Januari 2018 meningkat pada RM0.50 seunit, maka cara pengiraannya adalah seperti berikut;

Unit dilaburkan semula = RM13,500/0.50 = 27,000 unit
Jadi total unit baru = 270,000 + 27,000 = 297,000 unit 

Jadi unit anda sudah meningkat menjadi 297,000 unit hasil jumlah unit pertama yang ditambahkan dengan pertambahan unit dari Agihan Pendapatan pada 1 Januari 2018.

Kemudian, sekiranya harga pasaran meningkat lagi pada 1 Januari 2020 pada harga RM0.55/unit dan pelabur membuat keputusan untuk menjual kesemua 297,000 unit dana xxx tersebut: 

Maka, jumlah jual = RM0.55 x 297,000 unit = RM163,350
Oleh itu keuntungan = RM163,350-RM100,000 = RM63,350 

Secara peratusannya, anda akan memperolehi keuntungan sebanyak 63.35% bagi tempoh 3 tahun pelaburan.


2) Keuntungan Atas Modal (Capital Gain) 

Jika diikutkan, dari cara pengiraan diatas juga ada menunjukkan bagaimana seseorang pelabur itu mendapat keuntungan dari modal pelaburan asal beliau dalam tempoh 3 tahun apabila harga satu unit dana pelaburan tersebut meningkat dari harga RM 0.35 seunit pada 1 Januari 2017 kepada RM 0.55 pada tahun 2020.



Secara analoginya boleh ditafsirkan melalui pelaburan hartanah. Apabila seseorang pelabur hartanah berjaya membeli sesebuah hartanah tersebut pada harga rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi apabila harga pasaran hartanah tersebut meningkat, maka peningkatan harga tersebut kita panggil sebagai Keuntungan Atas Modal atau Capital Gain. Contohnya, Ali membeli sebuah rumah yang dalam proses pembinaan dengan harga RM500,000, kemudiannya, selepas 3 tahun rumah tersebut siap dibina, Ali menjual rumah tersebut pada harga RM650,000. Maka, Ali akan memperolehi keuntungan sebanyak RM150,000 iaitu keuntungan atas modal pelaburan sebanyak 30% dalam tempoh 3 tahun tersebut. 
Contoh Cara pengiraan: 

Andaikan Ali melabur sebanyak RM100,000 di dalam dana pelaburan XXX pada 1 Februari 2017 , harga pasaran semasa pada ketika itu adalah 0.30 seunit.


Service charge = RM5.5% x RM100,000 = RM5,500
Total investment = RM100,000 – RM5,500 = RM94,500
Jadi total unit anda = RM94,500 / RM0.30 seunit = 315,000 unit

Andaikan harga pasaran bagi satu unit dana tersebut pada 1 Februari 2018 telah meningkat kepada RM0.45 seunit. Oleh itu keuntungan diperolehi:

Keuntungan = RM0.45 x 315,000 unit = RM141,750
                    = RM141,750 – RM100,000 = RM41,750

Secara peratusannya, anda akan memperolehi keuntungan sebanyak 63.35% bagi tempoh 3 tahun pelaburan.


3) Unit Split (Pecahan Unit)
Anda akan mendapat pertambahan unit secara percuma sekiranya fund tersebut declared unit split kepada pelaburnya. Contohnya percuma pertambahan 2 unit bagi setiap satu unit yang sedia ada. Sekiranya unit yang sedia ada adalah 100,000 unit, anda akan mendapat total unit 300,000. Apabila didarab dengan harga semasa satu unit dana tersebut, kebarangkalian untuk medapat keuntungan adalah tinggi terutamanya apabila harga pasaran meningkat tinggi.

Note : Harga satu unit dana didalam pelaburan unit amanah akan berubah setiap hari bekerja. Maka, anda boleh monitor keuntungan anda dengan mengetahui harga beli bagi satu unit dana tesebut, total unit yang anda akan terima, dan harga yang anda nak jual bila tiba masa yang sesuai. Tetapi, ingin saya ingatkan kembali, pelaburan unit amanah ini hanya sesuai bagi pelabur yang mempunyai matlamat jangka masa panjang, ini kerana pergerakan harga bagi sesuatu dana tersebut agak lambat bagi yang mempunyai matlamat untuk meningkatkan modal pelaburan dengan banyak.

Jika anda berminat untuk membuat pelaburan unit amanah, anda boleh hubungi saya melalui aplikasi whatsapp di talian 0133088753. Saya akan beri khidmat rundingan cara bagaimana anda boleh membuat pelaburan dengan dana-dana pelaburan unit amanah yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

5 Cara Mudah Untuk Melabur Dengan Selamat

Mengapa kita takut melabur? Mungkin 90% antara kita yang tak mahu melabur disebabkan takut rugi, sedangkan rugi adalah proses biasa yang h...